Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Sistem eTribunalV2

Sistem eTribunalV2 adalah sistem dimana pengguna di seluruh Malaysia memfailkan aduan berkenaan barang serta perkhidmatan yang diterima. Tuntutan ini akan diproses oleh kakitangan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia secara dalam talian.

  • Memfailkan Tuntutan

    Pengguna awam di seluruh Malaysia boleh melakukan tuntan secara dalam talian. Bayaran untuk pemfailan juga boleh digunakan secara dalam talian.

  • Pemfailian Tuntut Balas

    Selain dari pengguna awam, syarikat terlibat boleh mengguna sistem untuk memfailkan tuntutan balas sekiranya perlu. Bayaran untuk pemfailan ini boleh dilakukan secara dalam talian.

  • Proses Kes Tuntutan

    Semua proses yang dilakukan oleh kakitangan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dilakukan melalui sistem ini. Pengguna awam boleh periksa status terkini setiap tuntutan dibuat.

  • Pertanyaan Kes atau Umum

    Pengguna boleh terlebih dahulu bertanya samada kes cuba dibawa adalah relevan atau pun tidak dan kakitangan akan menjawab persoalan ini serta memberi maklumat lanjut seperti email dan telefon badan berkanun sekiranya tuntutan adalah luar bidang kuasa Tuntutan Pengguna.

  • Statistik dan Laporan

    Sistem akan menghasilkan statistik dan laporan yang akan digunakan oleh pihak lain seperti Penguatkuasa KPDNKK yang akan memantau ketidakpatuhan award tuntutan.

Kemudahan Sistem
  • Memudahkan Urusan Pendengaran

    Pengguna akan diberitahu tentang tarikh dan masa serta tempat untuk menghadiri pendengaran kes. Notifikasi juga akan dihantar melalui emel.

  • Penjimatan Masa Untuk Pemfailan Kes

    Pengguna tidak lagi perlu hadir ke kaunter untuk memfailkan kes dan membuat bayaran. Selain itu, pertanyaan boleh dilakukan bagi memastikan pengguna tidak memfail dan membayar untuk kes yang tidak releven.